Categories

TIADA TINDAKAN KE ATAS PEGAWAI PTD YANG BERZINA DENGAN ISTERI ORANG, MESKIPUN ISTERI ORANG ITU MENGANDUNG, BAYINYA DIGUGURKAN DAN KEMUDIANNYA BERCERAI

Posted :Wednesday, May 29, 2019; by MEGAT RIDUAN SHAH Send Maill   

TIADA TINDAKAN KE ATAS PEGAWAI PTD YANG BERZINA DENGAN ISTERI ORANG, MESKIPUN ISTERI ORANG ITU MENGANDUNG, BAYINYA DIGUGURKAN DAN KEMUDIANNYA BERCERAI

Saya ialah bekas suami kepada Puan Nash**ah binti Osman seorang pegawai PTD M44 yang telah dipujuk rayu oleh seorang pegawai PTD Gred M52, Encik Ab**l Rahim bin Hashim (penggunaan ** untuk melindungi identiti individu), untuk mengadakan hubungan sulit. Kedua-dua pegawai PTD ini berkhidmat di pejabat yang sama di Putrajaya. Saya percaya hasil hubungan sulit yang bermula pada Oktober 2014 ini, bekas isteri saya Nash**ah telah hamil.

Akhirnya, pada 7 Januari 2015, bekas isteri saya telah menggugurkan kandungannya dengan alasan kononnya beliau telah terjatuh di pejabat. Sebenarnya, beliau tidak mahu anak itu kerana status bapa anak itu yang tidak pasti (sama ada saya atau Ab**l Rahim). Selepas itu, bekas isteri saya ini terus memfailkan perceraian ke atas saya di Mahkamah Syariah Putrajaya. Saya sah bercerai dengan bekas isteri saya itu pada 9 Mac 2015.

Peliknya, pada 29 Mei 2015, bekas isteri saya ini telah bernikah di Thailand sedangkan beliau masih belum selesai iddah 3 bulan. Beliau juga telah mengunjungi Thailand untuk bernikah tanpa kebenaran Ketua Jabatan.

Saya pernah membangkitkan perkara ini kepada Ketua Pengarah Bahagian Penyelidikan JPM, KSU Kementerian Dalam Negeri dan KPPA Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) TETAPI MASIH TIADA TINDAKAN TATATERTIB DIAMBIL meskipun bekas isteri/pasangan skandalnya TELAH KELUAR NEGARA TANPA KEBENARAN seperti berikut:
i) 26 Februari 2015 – Keluar Negara menerusi KLIA2
ii) 28 Mei 2015 – Keluar Negara menerusi Bukit Kayu Hitam (Bernikah)
iii) 24 Oktober 2015 – Keluar Negara menerusi BSI, Johor
iv) 15 September 2016 - Keluar Negara menerusi Bukit Kayu Hitam
v) 18 Mac 2016 - Keluar Negara menerusi Bukit Kayu Hitam
vi) 21 April 2017 - Keluar Negara menerusi Bukit Kayu Hitam
vii) 3 Jun 2017 - Keluar Negara menerusi Bukit Kayu Hitam

Maklumat dalaman yang saya terima, Ketua Pengarah Bahagian Penyelidikan terdahulu, Datuk Hasanah hanya memberi hukuman secara dalaman kepada bekas isteri saya iaitu tidak dibenarkan posting keluar negara (dibekukan). Pasangan skandal bekas isteri saya pula (Encik Ab**l Rahim Hashim), hanya ditukar ke KDN tanpa dikenakan tindakan tatatertib, meskipun beliau telah meruntuhkan sebuah keluarga. Beliau dikatakan mempunyai penyakit kemurungan dan gila (Psychiatric Bipolar Disorder Disease) yang telah disahkan doktor. Bagaimana seorang pegawai GILA boleh berkhidmat di AGENSI PERISIKAN NEGARA, serta MENGENDALIKAN LATIHAN SENJATA API???? Nyawa pegawai-pegawai lain pasti terancam apabila ada pegawai gila seperti ini.

Apa yang menyakitkan hati saya, kini bekas isteri saya telah diposting ke Indonesia meskipun beliau sedang hamil. Ini bertentangan dengan dasar pejabat/Kementerian Luar Negeri yang tidak akan memposting pegawai hamil keluar negara.

Pasangan skandalnya pula (Ab**l Rahim Hashim) telah ditukar oleh JPA untuk kembali semula ke Bahagian Penyelidikan JPM dengan restu dan kasih sayang dari Datuk Shublee bin Othman, Ketua Pengarah Bahagian Penyelidikan pada 2018.

Tuntutan saya:
a) Bekas isteri saya hendaklah disiasat dengan adil oleh sebuah Lembaga Siasatan. Prosiding tatatertib hendaklah diambil setelah prima-facie kes dibuktikan. Kes Keluar Negara tanpa kebenaran adalah kes yang mudah untuk dibuktikan. Jika Ketua Jabatan turut bersekongkol menyembunyikan fakta, saya tidak akan berdiam diri. Please, don’t interfere... I don’t want a war with Datuk KP.

b) Pegawai sedang hamil sebenarnya tidak boleh diposting keluar negara. Tindakan bekas isteri yang menyembunyikan kehamilan sebelum diposting adalah tindakan tidak jujur, serta berat sebelah kerana Pihak Pengurusan Atasan RD telah bertindak diluar dasar kebiasaan. Bekas isteri saya Nash**ah Osman harus dipanggil pulang segera.

c) Pasangan skandal bekas isteri saya, yang mempunyai penyakit psikiatrik gila Bipolar Disorder Disease itu haruslah dibawa kepada Lembaga Perubatan untuk penilaian oleh panel perubatan.

d) Pasangan skandal bekas isteri saya, yang mempunyai penyakit psikiatrik gila Bipolar Disorder Disease itu hendaklah ditempatkan di jabatan lain yang kurang strategic dan tidak melibatkan pelaksanaan operasi perisikan, penggunaan senjatapi, atau lain-lain tugas berisiko yang boleh mengancam keselamatan pegawai lain.

*Mana-mana pegawai yang membenarkan seorang pegawai gila (seperti pasangan skandal bekas isteri saya) ini bertugas di jabatan perisikan strategic, adalah lebih gila dari pegawai gila itu sendiri.


MEGAT RIDUAN

Dear Friends, Dont forget to bookmark and submit your offers to social media websites listed here.It will bring more visibility, buzz and fast action to attend your Complaint

Complaint Related To TIADA TINDAKAN KE ATAS PEGAWAI PTD YANG BERZINA DENGAN ISTERI ORANG, MESKIPUN ISTERI ORANG ITU MENGANDUNG, BAYINYA DIGUGURKAN DAN KEMUDIANNYA BERCERAI

Comments  :



87 days ago by Lawrence    [ Send Maill ]



I feel your pain my friend....keluarga saya pun dalam kekacauan juga walaupun dalam keadaaan yang berbeza...isteri saya buat jenayah dan terlibat dalam pengambilan dadah

Post Your Comment :

Name

required, use real name

Email

required, will not be published

Website Address

optional, will not be published

Your attitude towards Complaint

Agree Neutral Disagree

Confirmation Code