Categories

MOHON YAB DATUK/DATO' MEMBELA/MENYUARA/MEMPERBETUL DASAR PERTUKARAN PEGAWAI/ANGGOTA APMM YANG TIDAK BOLEH DITERIMA OLEH AKAL DAN TIDAK BOLEH BERTUGAS DI NEGERI KELAHIRAN SENDIRI

Posted :Thursday, January 11, 2018; by SYAZWAN BIN AHMAD Send Maill   

AHLI PARLIMEN

YAB Datuk/Dato’,

MOHON YAB DATUK/DATO’ MEMBELA/MENYUARA /MEMPERBETULKAN DASAR PERTUKARAN PEGAWAI/ANGGOTA AGENSI PENGUATKUASAAN MARITIM MALAYSIA (APMM) YANG TERLALU KERAP DAN TIDAK DIGALAKAN BERTUGAS DI NEGERI SENDIRI

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Untuk makluman YAB Datuk/Dato’, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malayia (APMM) ditubuhkan bagi melaksanakan tugas penguatkuasaan di Zun Maritim Malaysia. Namun begitu, di sini terdapat sedikit kepincangan di dalam pengurusan pertukaran pegawai dan anggotanya. Di mana pegawai dan anggotanya tidak dibolehkan bertugas di sesuatu tempat melebihi 5 tahun serta tidak digalakkan bertugas di bumi kelahiran sendiri. Hal yang demikian maka berlakulah pertukaran tanpa sebab atau tanpa berlaku kenaikan pangkat. Alasan yang diberikan adalah untuk mengelakkan pegawai/anggota tidak terlibat dengan gejala rasuah kerana bertugas terlalu lama di sesuatu tempat boleh mengundang pegawai/anggota mengenali pengusaha-pengusaha atau tolel-tokel bot.

3. Justeru itu, maka tidak hairanlah 80% pegawai/anggota APMM kini bertugas di sesuatu tempat tanpa membawa isteri dan keluarga di negeri mereka bertugas. Malah ramai juga pegawai/anggota APMM yang tidak hadir bertugas dan ada juga yang meletak jawatan kerana tidak tahan dengan dasar pertukaran APMM yang mengasingkan isteri dengan suami dan anak-anak.

4. Bagi mereka yang takut kepada kehilangan pekerjaan terpaksa mengikut sahaja arahan pertukaran walaupun menghadapi masalah kekeluargaan seperti menjaga orang tua yang sedang sakit/uzur di kampung, mempunyai anak kurang upaya, isteri yang tidak dapat bertukar mengikuti suami kerana bertugas di bawah kerajaan negeri dan isteri yang juga penjawat awam persekutuan yang mana terpaksa mengambil masa lama untuk kelulusan bagi sesuatu pertukaran mengikuti suami. Dasar pertukaran yang tidak dapat diterima oleh akal waras ini (pertukaran yang kerap, menukarkan anggota tanpa sebab atau tanpa berlaku kenaikan pangkat) menyebab sesetengah anggota yang mempunyai isteri bekerja tidak akan membuat pertukaran isteri mengikuti mereka kerana mereka berada dalam keadaan serba salah sebab “sebaik sahaja isteri dapat bertukar suami pula diarahkan bertukar ke tempat lain pula’ kerana perkara sebegini seringkali terjadi kepada rakan-rakan mereka.

5. Untuk makluman YAB Datuk/Dato’, sebenarnya masalah ini kami seringkali bangkitkan ke dalam Mesyuarat Bersama Jabatan (MBJ) tetapi ditolak dengan alasan penjawat awam lain juga mengamalkan dasar pertukaran yang sama. Justeru, kami berkali-kali memberitahu penjawat awam lain seperti Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan lain-lain penjawat awam kiranya pertukaran mereka berlaku mereka hanya bertukar di dalam negeri yang sama serta mereka masih lagi dapat tinggal bersama keluarga dan anak-anak. Yang menimbulkan persoalan kini berlaku juga pertukaran anggota APMM yang tidak terlibat penugasan di bahagian penguatkuasaan. Kalau ingin membuat pertukaran sekalipun kenapakah APMM tidak menukarkan anggota yang terlibat di bahagian penguatkuasaan di laut kepada bahagian pejabat di darat dalam negeri yang sama? Yang menjadi tanda tanya, kenapakah pihak pengurusan APMM seringkali menukarkan pegawai/anggota tanpa merujuk kepada mereka terlebih dahulu.Perkara yang sering berlaku, anggota yang ingin bertukar tidak ditukarkan dan anggota tidak mahu bertukar ditukarkan? Apa yang sering berlaku orang Semenanjung akan ditukarkan ke Sabah atau Serawak. Begitu juga orang Sarawak atau Sabah akan ditukarkan ke Semenanjung? Bagi pasangan yang juga penjawat sebaik pasangan mereka telah dapat pertukaran tinggal bersama dengan keluarga mereka akan ditukarkan semula. Dalam masa yang sama berlaku kepada mereka yang telah hampir tempuh persaraan. Dimanakah kebajikan di dalam agensi ini dan dimanakah keuntungan pihak APMM? Dari pihak kerajaan sudah tentu merugikan kerana terpaksa mengeluarkan sejumlah wang yang besar bagi menguruskan proses pertukaran dan juga kos penerbangan tahunan pergi/balik anggota ke kampung halaman. Malah dari segi anggota yang bertukar akan melemahkan moral anggota itu sendiri kerana melakukan pertukaran tanpa kerelaan mereka sendiri malah mengundang mereka terlibat dengan rasuah jika ketiadaan duit untuk membeli tiket balik ke kampung sekali gus mengundangkan gejala rasuah dan menghancurkan organisasi APMM itu sendiri jika perkara sebegini berterusan.

6. Bersama-sama ini kami serta nama-nama anggota yang telah pun menamatkan perkhidmatan kerana permohonan pembatalan pertukaran mereka ditolak.

a. BM (M) Redzuan Bin Ismail pernah bertugas di Pejabat Wilayah Maritim Utara, Kuala Perlis dan diarahkan bertukar ke Daerah Maritim 7 Tanjung Sedeli, Wilayah Maritim Selatan berkuatkuasa 03 Januari 2013. Beliau telah membuat permohonan pembatalan pertukaran kerana menghadapi masalah orang tua yang sedang sakit dan tiada penjagaan namun pembatalan anggota tidak diluluskan. Walaupun anggota tersebut telah berkhidmat dengan kerajaan Malaysia melebihi 15 tahun beliau mengambil keputusan menamatkan perkhidmatan kerana memikirkan tiada kebajikan di dalam agensi ini.

b. Begitu juga dengan BM (M) Hanif Bin Kassim pada mulanya bertugas di Pejabat Daerah Maritim 2, Pulau Pinang, Wilayah Maritim Utara diarahkan bertukar ke Daerah Maritim 1, Kuala Perlis oleh Pengurusan Sumber Manusia Wilayah Utara. Sebaik sahaja anggota tersebut melapor diri dan bertugas di sana selama 3 bulan. Sekali lagi anggota tersebut diarahkan bertukar pula ke Daerah Maritim 7, Wilayah Maritim Selatan. Masalah beliau ialah semasa di Pulau Pinang isterinya yang bertugas sebagai guru kafa telah berhenti kerja kerana mengikuti suami ke Kuala Perlis. Semasa di Kuala Perlis isterinya telah menjadi guru tadika terpaksa berhenti kerja buat kali ke dua kerana mengikuti suaminya bertukar sekali lagi ke Wilayah Maritim Selatan. Memandangkan permohonan pembatalan pertukarannya telah ditolak dan merasakan nasibnya seolah seperti bola membuatkan beliau begitu tertekan. Walaupun tempuh perkhidmatannya juga melebihi 15 tahun dengan kerajaan membuat beliau tidak hadir bertugas sehingga ke hari ini.

c. Selain daripada itu, masalah yang sama juga berlaku kepada BM (M) Azaidi Bin Abu Seman. Beliau bertugas di Bot Kilat 1, Pangkalan Kuala Perlis, Wilayah Maritim Utara telah diarahkan bertukar ke Kuala Kedah, Wilayah Maritim Utara oleh Pengurusan Sumber Manusia, Wilayah Utara. Selepas melapor diri dan bertugas di Kuala Kedah selama 6 bulan anggota tersebut diarahkan bertukar pula ke Daerah Maritim 7, Tanjung Sedeli, Wilayah Maritim Selatan. Untuk makluman YAB Datuk/ Dato' semasa di Kuala Perlis isteri beliau bertugas sebagai jururawat di Hospital Sri Manjung, Perak baru sahaja bertukar ke Hospital Baling, Kedah. Sebaik sahaja isteri beliau dapat bertukar ke tempat suami si suami pila diarahkan bertukar ke negeri lain. Setelah rayuan pembatalan pertukaran ditolak anggota tersebut mengambil keputusan menamatkan perkhidmatan walaupun telah berkhidmatan dengan kerajaan begitu lama.

d. Kes yang sama juga berlaku kepada LK (M) Hasmini@Hasmidi Bin Hamat bertugas di DM 10 Tok Bali, Kelantan diarahkan bertukar ke APMM Putrajaya pada Julai 2012. Masalah beliau ialah sebelum daripada ini beliau seringkali berulang alik dari Tok Bali ke Selayang, Selangor kerana isterinya seorang penjawat awam iaitu jururawat di Hospital Selayang. Semasa berulang alik ke sana beliau pernah mengalami kemalangan jalan raya. Sebaik sahaja isterinya dapat bertukar ke negeri Kelantan beliau pula diarahkan bertukar ke Putrajaya. Memandangkan tiada kebajikan di dalam agensi ini membuatkan beliau meletak jawatan. Perkara yang sama berlaku kepada BM (M) Sabri Bin Zainal Abidin. Sebaik sahaja isteri beliau dapat ditukarkan ke Negeri Kelantan beliau pula diarahkan bertukar ke Bintulu, Serawak. Walaupun beliau telah membuat permohonan pembatalan dengan menjelaskan pemasalahan ini rayuan beliau tetap ditolak dengan alasan kehendak perkhidmatan.

e. Kes sama berlaku kepada LK (M) Mohd Nor Rizan Bin Abd Whab betugas di Unit Kewangan, Tok Bali, Kelantan. Semasa bertugas di bahagian kewangan beliau terkenal dengan ketegaan kerana sikapnya yang jujur. Beliau sudah pun berkawin tetapi belum memperolehi cahaya mata. Masalah beliau ialah mempunyai isteri bertugas sebagai penjawt awam di bawah kerajaan negeri di Negeri Kelantan. Walaupun beliau telah memaklumkan mengenai perkara tersebut namun rayuannya tetap ditolak dengan alasan kehendak perkhidmatan.

f. LK (M) Shamsol Bahari Bin Nawi bertugas di Tok Bali, Kelantan diarahkan bertukar ke Johor, Wilayah Maritim Selatan. Pada mulanya anggota bercuti tanpa gaji seterusnya anggota menamatkan perkhidmatan kerana tidak tahan dengan dasar pertukaran yangtidak dapat masuk akal.

g. Kes terbaru berlaku lagi di Tok Bali, Kelantan di mana LK I (M) Syazwan bin Ahmad yang boleh dihubungi melalui no hp 0169306680 baru sahaja ditukarkan dari Ibu Pejabat APMM Putrajaya ke APMM Tok Bali, Kelantan pada tahun 2015 di atas dasar kebajikan ditukar pula ke APMM Wilayah Selatan, Johor pada 2017. Hal yang demikian memandangkan tiada kebajikan di dalam agensi ini membuatkan beliau letak jawatan pada tahun 2017.

8. Selain daripada itu, bersama ini kami serta kes yang telah baru yang ditularkan melalui facebook oleh salah seorang isteri anggota APMM untuk makluman YAB Datuk/Dato’.

9. Semoga dengan penjelasan ini kami warga APMM seluruh Malaysia memohon jasa baik YAB Datuk/Dato’ dari parti pembangkang agar membela nasib keluarga kami.

10. Kerjasama dari YAB Datuk/Dato’ di dalam menyelesaikan masalah ini amatlah kami harapkan dan dihargai.

Sekian, terima kasih.

WARGA APMM

Dear Friends, Dont forget to bookmark and submit your offers to social media websites listed here.It will bring more visibility, buzz and fast action to attend your Complaint

Complaint Related To MOHON YAB DATUK/DATO' MEMBELA/MENYUARA/MEMPERBETUL DASAR PERTUKARAN PEGAWAI/ANGGOTA APMM YANG TIDAK BOLEH DITERIMA OLEH AKAL DAN TIDAK BOLEH BERTUGAS DI NEGERI KELAHIRAN SENDIRI

Comments  :

Post Your Comment :

Name

required, use real name

Email

required, will not be published

Website Address

optional, will not be published

Your attitude towards Complaint

Agree Neutral Disagree

Confirmation Code