Categories

Anjing Liar

Posted :Friday, June 28, 2019; by Nur Nina Syarfa Send Maill   

Tuan/Puan,

Saya ingin membuat aduan berkenaan beberapa ekor anjing liar dan anjing peliharaan yang mengganggu ketenteraman di kediaman saya iaitu Taman Harmoni Kajang, 43500 Selangor, terutama di lorong Jalan Harmoni 16.

Anjing liar dan anjing peliharaan tersebut membuat bising menyalak mengelilingi rumah penduduk tidak kira siang atau malam. Malah anjing-anjing tersebut membuat bising dan menyalak pada waktu tengah malam hingga ke pagi. Tuan punya anjing langsung tidak bertanggungjawab terhadap anjingnya yang membuat gangguan terhadap penduduk di sekitar malah membiarkan sahaja anjing-anjing tersebut menyalak sepanjang malam hingga ke pagi membuatkan penduduk tidak dapat tidur dan berehat setiap hari.

Bukan itu sahaja, anjing-anjing tersebut sering mengejar kereta dan penduduk, mengotorkan kawasan rumah dengan mengorek tong sampah dan merosakkan harta penduduk dengan memanjat dan tidur di atas bumbung kereta.

Diharap pihak Tuan dapat mengambil tindakan secepat yang mungkin.

Sekian terima kasih.

Dear Friends, Dont forget to bookmark and submit your offers to social media websites listed here.It will bring more visibility, buzz and fast action to attend your Complaint

Complaint Related To Anjing Liar

Comments  :



8 days ago by Wong    [ Send Maill ]



Saya ingin membuat aduan tentang anjing jiran yang selalu menyalak tak kira pagi, siang dan malam dan menganggu ketenteraman awam dan jiran. Harap pihak berkuasa supaya mengambil tindakan secepat mungkin.

Alamat : 8, Jalan Manis 4, Taman Manis, 86400 Parit Raja, Batu Pahat, Johor.



41 days ago by Intan    [ Send Maill ]



Saya ingin membuat aduan tentang anjiang liar yang berkeliaran di bandar bukit mahkota bangi dan mengejar orang yang beriadah.harap pihak tuan dan puan dapat mengambil tindakan.

Post Your Comment :

Name

required, use real name

Email

required, will not be published

Website Address

optional, will not be published

Your attitude towards Complaint

Agree Neutral Disagree

Confirmation Code