Categories

ANJING LIAR BERKELIARAN

Posted :Sunday, October 29, 2017; by NUR FARAH ASHILAH BINTI FAUZLI Send Maill   

SAYA INGIN MEMBUAT ADUAN TENTANG ANJING LIAR BERLEKIARAN DI SEKITAR KAWASAN RUMAH SAYA. SEMAKIN HARI SEMAKIN BERTAMBAH BILANGAN ANJING. SAYA RASA TIDAK SELAMAT UNTUK SAYA DAN PENDUDUK DI SEKITAR ITU. HARAP DAPAT AMBIL TINDAKAN SEGERA.

Dear Friends, Dont forget to bookmark and submit your offers to social media websites listed here.It will bring more visibility, buzz and fast action to attend your Complaint

Complaint Related To ANJING LIAR BERKELIARAN

Comments  :



78 days ago by Siti Anirah Binti Mahat    [ Send Maill ]



Saya ingin membuat aduan kepada pihak yang terlibat, berkaitan anjing liar yang berkeliaran di kawasan beralamat Lot 3091, kampung delek baru. Anjing-anjing ini telah mengganggu kententeraman kami dan mennyebabkan kebersihan kawasan rumah kami bersepah. Anjing-anjing ini telah menyelongkar sampah sarap yang telah di kumpulkan yang mana menyebabkan sampah sarap bersepah di lorong rumah kami. Di harap, dengan aduan yang di buat ini, pihak yang terlibat dapat menyelesaikan masalah anjing liar di kawasan kami.



85 days ago by ruzaini othman    [ Send Maill ]



Saya ingin membuat aduan tentang anjing liar yang berkeliaran di sekitar kawasan kediaman saya die Blok A, Rumah Pangsa Fasa 2, Bandar Baru Sungai Buloh (Flat berhadapan padang dan Dewan Meranti).

Untuk makluman pihak tuan/puan sebelum ini terdapat 2ekor anjing yang berkeliaran disekitar tangga yang digunakan oleh penduduk di flat ini. Akan tetapi sekarang sudah bertambah seekor lagi anjing yang menjadikan keseluruhan 3 ekor anjing. Amat mendukacitakan terdapat seorang India yng tinggal di tingkat 2 Blok A tersebut sering memberi makanan kepada anjing tersebut. Penduduk flat sering menegur tetapi tidak diendahkan.

Saya kuatiri keselamatan budak-budak sekolah rendah agama (berhampiran flat Blok A) yang kadangkala diekori oleh anjing-anhjing tersebut. Dengan aduan ini, saya amat berharap agar pihak bertanggungjawab mengambil tindakan segera dengan sebaik-baiknya dapat mengusir anjing-anjing yang berkeliaran ini.



109 days ago by Ahmad Hasnulnaim    [ Send Maill ]



Alamat - Lorong Temenggung, Taman Sentosa, 41200 Klang.

Pada 1/1/2018 saya telah diserang dan digigit anjing yang
berkeliaran. Di kawasan ini terdapat banyak anjing anjing liar
berkeliaran yang membahayakan penduduk dan keluarga. Saya
sendiri telah dikejar anjing sebanyak 3 kali tanpa sebab. Kali ke-3
dikejar, anjing tersebut menerkam dan menggigit menyebabkan
saya jatuh tersungkur. Nasib baik anak kecil saya tiada bersama
ketika itu. Kami amat takut untuk keluar dari perkarangan rumah
melainkan dengan menaiki kereta. MOHON BERTINDAK SEGERA!!!!!!!



126 days ago by muthuvel    [ Send Maill ]



selamat pagi encik..
no.3 jalan kembia 3, taman puteri wangsa,81800 ulu tiram ,johor.

saya ingin membuat aduan tentang anjing berkeliaran di kawasan perumahan saya. setiap hari membuang najis di depan rumah saya. tidak tahan bau tersebut dan kurang selesa. saya sudah banyak kali membuat aduan ini melalui telefon.. masih ada juga anjing berkeliaran di kawasan rumah saya. saya berharap pihak tuan dapat mengambil tindakan secepat mungkin.

sekian



126 days ago by jothi    [ Send Maill ]



saya ingin membuat aduan tentang anjing ... jiran saya memelihara anjing 5 ekor. tapi tidak bersih . bau busuk tidak boleh tahan .makan pun tak selera. pagi dan malam bau tidak mengenangkan penguni kawasan kita. walaupun jiran bercakap baik tapi dia tidak faham masalah yang dihadapi oleh kita. kita tidak mahu berselisih faham antara satu sama lain. sebab itu saya membuat aduan dengan pihak yang berkenaan. tolong ambil tindakan secepat mungkin. takut anak i jatuh sakit. sabab dia masih kecil. isteri saya pula ashma, emak i pun tak sihat. tolong secepat mungkin ...alamat yang memberi masalah : 127, jalan bestari 15/3 taman bestari indah,81800 ulu tiram, johor

 1  2  Next

Post Your Comment :

Name

required, use real name

Email

required, will not be published

Website Address

optional, will not be published

Your attitude towards Complaint

Agree Neutral Disagree

Confirmation Code