Categories

Anjing liar berkeliaran di Taman perumahan

Posted :Monday, May 1, 2017; by Ng Kai Yeong Send Maill   

Merujuk perkara di atas, saya Ng Kai Yeong ingin membuat laporan berkaitan dengan anjing liar berkeliaran di Taman Kampar Perdana.

Untuk pengetahuan tuan, jiran saya pernah dikejar oleh anjing-anjing ini. Bapa saya pula digigit anjing ini ketika beliau keluar rumah tanpa provokasi. Anjing tersebut baru bersalin dan agak agresif.

Tambahan pula, bilangan anjing yang berkeliaran ini semakin bertambah saban hari kerana membiak tanpa kawalan. Saya khuatir insiden anjing gigit orang ini akan berulang sekiranya tiada tindakan diambil. Situasi mungkin bertambah serius sekiranya anjing tersebut berpenyakit.

Alamat anjing liar ini ialah Jalan Perdana 11, Taman Kampar Perdana, 31900 Kampar. Berserta ini saya lampirkan gambar gigitan anjing pada kaki bapa saya.

Diminta pihak tuan mengambil tindakan sewajarnya segera untuk keselamatan umum.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,
Ng Kai Yeong

Dear Friends, Dont forget to bookmark and submit your offers to social media websites listed here.It will bring more visibility, buzz and fast action to attend your Complaint

Complaint Related To Anjing liar berkeliaran di Taman perumahan

Comments  :



10 days ago by Puan Mazlina Habib    [ Send Maill ]



Assalamualaikum & Salam Sejahtera kepada pihak berkenaan

Saya ingin membuat aduan tentang anjing yg berkeliaran dikawasan taman perumahaan saya di Lorong Bunga Raya .

Setiap kali kami melalui di kawasan tersebut 3 ekor anjing akan bertindak agresif terhadap kami.

Tetapi pagi ini sewaktu saya pergi ke kerja menaiki motor dan melalui kawasan itu, malah 3 ekor anjing menyalak dan terus lari datang ke arah saya dan hampir gigit kaki saya.

Saya amat berbesar hati sekiranya pihak Tuan dapat mengambil tindakan yg sewajarnya.

Ini kerana amat membahayakan keselamatan dan boleh memudaratkan penduduk.

Alamat : Lorong Bunga Raya,
Bukit Gelugor,
11700 Pulau Pinang .

Post Your Comment :

Name

required, use real name

Email

required, will not be published

Website Address

optional, will not be published

Your attitude towards Complaint

Agree Neutral Disagree

Confirmation Code