Categories

Kurangkan Pendatang Asing

Posted :Thursday, October 11, 2018; by Maisya Yasin Send Maill   

As'salam Tuan/puan.

Sebenarnya saya tidak tahu perlu mengadu pada pihak yang mana.
Saya ingin mengadu tentang terlampau ramai pendatang asing dari Bangladesh dan India di Pangsapuri Berembang Indah.
Mendatangkan ketidakselesaan dan mengganggu keselamatan perempuan terutama ketika balik kerja. Terutama ketika menunggu dan menaiki lift. Kerana mereka tidak peduli akan jarak antara lelaki dan perempuan,selagi boleh himpit,mereka akan himpit seperti sardin-sebagaimana di negara asal mereka. Mereka juga sangat suka 'menatap' keseluruhan tubuh perempuan apatah lagi ketika di dalam lift,khuatir jika terjadi kes-kes rogol beramai-ramai seperti berlaku di negara mereka.

Seluruh kawasan di pangsapuri ini, di kawasan permainan kanak-kanak, di kaki lima atau di mana-mana sahaja ada ruang, mereka akan lepak beramai-ramai.

Selain itu mereka mempunyai tabiat meludah merata-rata, di dalam lift,di tangga,di jalan dan semua tempat. Mereka amat pengotor, dikhuatiri penyakit berjangkit seperti tibi merebak. Mereka juga menyewa kedai-kedai dan berniaga di bawah flat. Keadaan persekitaran bangunan sangat kotor. Boleh dikatakan lebih 50% daripada penghuni pangsapuri ini adalah warga bangladesh dan India(dari india).

Kebiasaannya pihak pengurusan bertanggungjawab dalam menangani isu ini, namun pihak pengurusan bangunan ini seperti pejam mata dan tidak ambil peduli tentang isu ini. Berkemungkinan ada antara mereka(AJK) turut mempunyai kepentingan seperti memberi sewa kepada warga Bangladesh dan India. Dan mendapat keuntungan yang lumayan hasil dari sewaan tersebut.

Memang terdapat banyak pembinaan di kawasan sekitar. Tetapi tidak wajarlah mereka ini berkumpul/tinggal atau di tempatkan di hanya satu kawasan yang membolehkan mereka berkelakuan seolah-olah malaysia ini adalah negara mereka. Mereka juga didapati besar kepala ekoran dari ada warga tempatan yang menjadikan mereka 'kawan baik',seperti meminta rokok dan sebagainya. Di mana keadaan ini menjadikan warga bangladesh besar kepala dan tidak menghormati penduduk tempatan.

Jika mereka semuanya mempunyai permit atau pasport adakah wajar utk mereka tinggal beramai-ramai di bangunan ini yg boleh mendatangkn kesan buruk dan ketakutan terhadap warganegara malaysia yg lainnya. Mohon bantuan untuk mengurangkan kewujudan mereka di bangunan ini.

Gambar yang disertakan, sudah 4-5 kali lift turun dan kosong (lift ada 3)saya tetap tidak dapat masuk lift kerana mereka ramai sangat.semua lift mereka punya. Lepas satu gerombolan,satu gerombolan datang.
Pada waktu itu saya seorang sahaja perempuan dan rakyat malaysia yang menunggu lift. Saya terpaksa menunggu sehingga 20minit. Tunggu di sini maksudnya sama ada tunggu mereka 'clear' atau tunggu warga negara malaysia yang lain untuk sama-sama memasuki lift untuk elakkan diri dari mereka. Bayangkan ketika saya menunggu ini, mereka semua ini menatap saya seperti ingin merogol beramai2.- tarikh 9-10-2018 jam 6.50pm, cuaca-hujan lebat.

Saya sangat berharap pihak tuan dapat membantu dalam menangani isu ini.

Yang Benar,

Maisya.
Penduduk Pangsapuri Berembang Indah.
Warganegara Malaysia.

Dear Friends, Dont forget to bookmark and submit your offers to social media websites listed here.It will bring more visibility, buzz and fast action to attend your Complaint

Complaint Related To Kurangkan Pendatang Asing

Comments  :

Post Your Comment :

Name

required, use real name

Email

required, will not be published

Website Address

optional, will not be published

Your attitude towards Complaint

Agree Neutral Disagree

Confirmation Code