Categories

TAWARAN RM150,000

Posted :Monday, April 11, 2016; by SALINAH BINTI BACHOK Send Maill   

Dimaklumkan bahawa saya seringkali menerima surat tawaran dari BEST PRODUCTS yang mengatakan saya memenangi wang tunai berjumlah RM150,000 dengan syarat saya kena membeli barangan yang disyorkan bernilai bawah RM300.00.

Setiap surat tawaran yang sampai mereka akan memberi kan saya tempoh selama 10 hari untuk menjawab dan sekiranya saya gagal tawaran tersebut dibatalkan.

Saya abaikan sahaja tawaran itu, kerana saya tiada duit untuk membeli product yang ditawarkan. Tetapi mereka tetap mengirimkan tawaran yang sama walaupun saya mendiamkan diri.

Sampai satu hari saya balas balik dengan mengirim sepucuk surat yang mengatakan saya benar-benar tidak mampu untuk membeli barangan yang ditawarkan, dan sekiranya saya memang layak untuk menerima wang RM150,000 itu, saya mohon syarikat tersebut memberikan wang tersebut dengan menolak kos pembeliam barangan yang disyorkan dan baki dari wang yang saya menangi serahkan kepada saya untuk saya menjelaskan hutang-hutang yang ada.

Saya fikir syarikat tersebut mengeluarkan nama saya dari senarai pemenang selepas pengakuan tersebut tetapi dukacita dimaklumkan bahawa mereka masih meneruskan kiriman katalog-katalog barangan mereka berserta tawaran wang yang akan dimenangi dan terus memaksa saya untuk membeli barangan tersebut.

Dengan ini, saya mohon kepada pegawai-pegawai yang berkenaan agar dapat menyiasat syarikat BEST PRODUCTS dan jika sekiranya orang tersebut benar-benar dan telah mengaku tiada duit janganlah dipaksa. Tindakan mereka ini boleh menambah stress lagi kepada orang macam saya.

Dibawah ini disertakan serba sedikit latar belakang syarikat tersebut:

BEST PRODUCTS
PO BOX 12366
50776 KUALA LUMPUR
No. Tel : 03-27761111

Pegawai terlibat
Muhammad Hafiz bin Othman
Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Best Products

Ramlah Ram
Selebriti dan Duta Best Products

Saya sedia membantu sekiranya maklumat lebih terperinci diperlukan. Sila hubungi ditalian yang disertakan untuk penjelasan selanjutnya (sekiranya perlu)

Kerjasama dan keprihatinan tuan amat dihargai dan diucapkan terima kasih.

www.ina.com.my

Dear Friends, Dont forget to bookmark and submit your offers to social media websites listed here.It will bring more visibility, buzz and fast action to attend your Complaint

Complaint Related To TAWARAN RM150,000

Comments  :



12 days ago by Yuszaini    [ Send Maill ]



Saya setuju dengan aduan dia at as,sy juga telah menjadi mangsa..berpucuk2 Surat tawaran dihantar,setiap Surat harus dibalas dengan pesanan..!! Banyak duit bapak diaorang nk bli barang,hampir 11 kali Surat tawaran saya terima,namun sy dh membeli hanya 2 barang,hanya sekadar mampu...tapi masih ada Surat dihantar...!! Tempoh keputusan kempen ke 10 pada 22 Nov,Aduan sy hariini 4 Dec..!! Best Product diam dh ,x de pulak Surat baru..!! Ini adalah bullshit marketing strategy...!! Dengan umpan hadiah yg besar kepada pelanggan!! Tolong ajukan kepada KPDNKK segera!!!



17 days ago by Ela    [ Send Maill ]



Baru je dpt surat dari best product ni...mcm was2 nak hantar maklum bls...2-3kali gak belek2..last baru phm kena beli brg die dulu...sy join dari surat khabar metro...rasa mcm best produk ni mempermainkan hati org yg bduit haha



20 days ago by Eila    [ Send Maill ]



Sy pun br dapat surat dr best product sy msk peraduan ni melalui kosmo paper... sy xtahu sama ada ia tipu atau x tp sy pun was2 nk beli brg nya...jd sy abaikan sajala surat ni....



24 days ago by Najwa dailla    [ Send Maill ]



Best produk penipu.kate2 korang indah dan menarik ramai perhatian orang ramai.saye salah sorang yang telah terkena dengan kata2 manis korang.barang yang telah saye beli dari best produk tidak berkualiti langsung baru pakai sekali da rosak.barang2 kedai 2ringgit je tu.penipu.korang pau duit rakyat dengan cara pelahan.padai betul..saya mohon tolong hentikan best produk supaye tiada lagi rakyat yang menjadi mangsa pernipuan ini.saya da sertai program ini selame 6bulan dan tidak dapat ape2 pn yg di janjikn 150000 itu.hanya kate2 sahaja yang indah tapi tidak dapat tunaikn.ramai rakyat sudah terkorban dan menderita dengn permainan best produk ini yang sanggup habiskn duit untuk beli barang yg lgsung tiada kualiti.sesiapa yang sudah terkena tolong sebarkan agar dapat di hentikan agar tiada lagi yang menjadi mangsa keadaan.



24 days ago by muhammad nazrul bin noor kassim    [ Send Maill ]



best produk penipu lah main kn org suruh beli barang dia tiap2 bulan igat org keje nk beli barang dia je ke org ada juga tanggunjawab keluarga anak2 ni kita beli barang dia mcm2 tawaran hadiah dijanji kn pada sya dah fanalis nama no dh dipilih lah ,best produk dh pilih saya sebagai pemenang lah 22.november 2017 keputusan penyampayan hadiah lah, siap bagi no kunci peti hadiah tapi kena senyap aje .memang penipu best produk ni jgn beli lah lagi barang best produk ni.nk duit org aje dia tak tahu org ni susah

 1  2  3  4  5  6  7  8  9  10  Next

Post Your Comment :

Name

required, use real name

Email

required, will not be published

Website Address

optional, will not be published

Your attitude towards Complaint

Agree Neutral Disagree

Confirmation Code