Categories

LIFT SELALU ROSAK

Posted :Monday, June 13, 2016; by SARINA MOHD DERUS Send Maill   

PERKARA : ADUAN KEROSAKAN LIFT DI BLOK 17, TAMAN MIHARJA FASA 2
ATAS PIHAK PENGURUSAN JMB MIHARJA

Merujuk kepada perkara di atas, saya adalah penduduk Block 17 Taman Miharja Fasa 2 ingin membuat aduan mengenai kerosakan lift yang amat kerap di tempat kediaman saya.

2. Blok kami hanya memiliki satu sahaja lift dan kami hanya mengharap kan lift tersebut untuk turun dan naik dari bangunan. Terdahulu, pihak pengurusan pernah membuat koleksi RM700 pada setiap pemilik rumah bagi menyelenggara lift ke-2 tetapi apabila lift tersebut rosak, ianya tidak dibetulkan dan disebabkan itu kami hanya mengharapkan 1 lift sahaja walaupun kedua-dua lift memang selalu rosak. Bangunan blok mempunyai keseluruhan 15 tingkat dan saya ada lah pemilik dan mendiami rumah tingkat atas. Minggu lepas pihak pengurusan mengambila masa 3 minttu untuk membaiki lift dan selepas satu hari lift mula rosak semula. Lift kemudian dibaiki sehari selepasnya dan kemudian rosak semula selama 2 hari. Lift dibaiki dan bertahan sehari sahaja dan rosak semula sehingga hari ini (dari 10Jun). Memang sebelum ini telah bertahun-tahun keadaan lift memang terlalu kerap rosak dan pernah masuk berbulan-bulan kami terpaksa turun naik tangga.

3. Perkara ini amat membebankan kami dan pernah suatu ketika dahulu saya terpaksa naik turun tangga walaupun sedang sarat mengandung 9 bulan. Ini tidak kira pula orang tua, kanak-kanak dan kes kecemasan atau kematian dan sebagainya. Kekerapan kerosakan lift amat lah merisaukan dan boleh mencecah beberapa kali dalam masa seminggu. Kami sudah banyak kali melaporkan kepada pihak pengurusan iaitu JMB Miharja bagi menyelesaikan masalah ini , tapi tindakan diambil sambal lewa.

4. Selain itu pembuangan sampah juga terbengkalai dan kawasan blok berbau busuk disebabkan pekerja tidak dapat menjlnkan proses pengutipan sampah di tingkat atas kerana masalah lift. Tambahan pula lift yang sama digunakan utk mengangkat sampah dan kemudian digunakan orang awam. Ini amatlah tidak sihat apabila kami menggunakan lift yg sama untuk membawa sampah turun dari blok. Saya mempunyai anak-anak yang masih kecil dan bersekolah, perkara ini amat mendatangkan masalah kerana terpaksa mendukung anak dengan barang-barang untuk turun naik tangga dan anak juga begitu terpaksa naik turun tangga. Banyak perkara dan urusan penting terbengkalai dan juga merumitkan urusan pergi balik kerja, sekolah dan aktiviti-aktiviti yang lain.

Saya berharap pihak tuan / puan dapat membantu dan mengusahakan sesuatu bagi kami menyelesaikan masalah ini disebabkan pihak pengurusan yang tidak bertanggungjawab dan terlalu sambil lewa mengambil tindakan. Saya berharap aduan kepada pihak DBKL ini dapat membantu menyelesaikan masalah kami ditambah lagi pada bln ramadhan di mana umat Islam berpuasa dan aktiviti-aktiviti terawih dan sebagainya sangat memcabar.

Tindakan dan kerjasama dari pihak tuan/puan amatlah dihargai dan diharapkan.

Terima kasih.

Dear Friends, Dont forget to bookmark and submit your offers to social media websites listed here.It will bring more visibility, buzz and fast action to attend your Complaint

Complaint Related To LIFT SELALU ROSAK

Comments  :



47 days ago by Ani    [ Send Maill ]



sama juga flat i pun dh seminggu tk buat lagi susah betol selalu kena naik sampai tingakt 11 bayangkan orng tua n mengandung or any emergency mcm mane kami nk turun urgent plz selesaikan masalah kami dengan segera

Post Your Comment :

Name

required, use real name

Email

required, will not be published

Website Address

optional, will not be published

Your attitude towards Complaint

Agree Neutral Disagree

Confirmation Code