Categories

Pegawai farmasi biadap

Posted :Tuesday, May 15, 2018; by Nurul Send Maill   

Pada 15/5/2018 saya telah ke klinik kesihatan bangi dengan tujuan pemeriksaan kesihatan ke atas ibu saya. Setelah menunggu di kaunter farmasi pada jam lebih kurang 9.20 malam, saya selaku penjaga ibu saya telah di panggil oleh salah seorang pegawai farmasi yang terdapat disitu. Beliau (bertudung unggu cair berkacamata) menerangkan tentang ubat kronik yang sepatutnya diambil pada waktu pagi dan bukannya pada waktu malam. Saya memahami perkara itu. Akan tetapi beliau mula memalukan saya depan semua orang disitu seolah-olah saya tiada harga diri dan maruah dengan mengatakan "kita, anak yang dijaga oleh ibu dairi kecil" dengan cara yang amat sinis. Adakah beliau mengetahui setiap kehidupan pesakit? Mungkin dengan cara penulisan saya tidak dapat mengambarkan keadaan sebenar. Tetapi beliau selaku pegawai farmasi yang juga berkhidmat kepada masyarakat tidak seharusnya mengungkapkan kata-kata seperti itu seolah-olah mempersoalkan tanggungjawab anak terhadap ibu. Saya adalah seorang pesakit kemurungan yang mendapat rawatan di Hospital Serdang. Beginikah cara pegawai anda berhadapan dengan masyarakat tanpa mengambil kira sensiviti masyarakat? Patutkah panggil waris sedangkan ibu saya masih hidup? Diharap agar anda dapat mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap perkara ini.

Dear Friends, Dont forget to bookmark and submit your offers to social media websites listed here.It will bring more visibility, buzz and fast action to attend your Complaint

Complaint Related To Pegawai farmasi biadap

Comments  :

Post Your Comment :

Name

required, use real name

Email

required, will not be published

Website Address

optional, will not be published

Your attitude towards Complaint

Agree Neutral Disagree

Confirmation Code