Categories

jururawat

Posted :Friday, November 17, 2017; by fazlini Send Maill   

1- saya nak complain nurse2 kat klinik ni kebanyakkan suka punch card dlu lepas tu keluar pergi beli sarapan / makanan. bukan buat cerita , sebaliknya saya sndri pernah terserempak dengan mereka di kedai makan .kadang2 pukul 8.30 pun tak panggil2 patient lagi . sibuk kehulu kehilir , berborak . patient dtg awal sbb ada urusan lain yang hendak diselesaikan selepas ke klinik . tetapi bila ada manusia yang pentingkn diri sendri ni menyebabkn orang lain pun terlibat sama. kalau nak makan / sarapan bangun lah awal . jangan punch card dlu gaji jalan tapi awak tak menjalankn tugas . tu namanya tak jujur . lepastu patient yang dtg awal pun tpkse tnggu awak . dpt giliran no1 tp jam dah pkul 8.30 tak dipanggil2 lagi .dari pukul 7.30 dtg ,smpai 8.30 tak panggil2 lagi .

2- jika pesakit ada kesilapan sekali pun tegurlah dengan sopan , jgn biadap sangat . ni kau buat pesakit tu mcm buat silap besar pulak . lepastu , buat muka . tugas nurse ni cuma check berat , tekanan darah , lepastu bg appoinment , tu je. bukan susah pun . tp sekali bila tgk muka nurse tu , cm dia baru lepas buat kerja2 kontraktor dah aku tgk . acah2 kerja berat . bila nak tukar tarikh appoinment mula lah pertikaikan. itu dah tugas as jururawat ,nak tukar esok nya je pun . knpe nak bnyk isu sgt . dah tu tugas jururawat tukar tarikh cmne pun memg kau kna buat lah . klo taknak buat takyh kerja .. berhenti je , dduk rumah je terus , aku pun tak streess tgk kau.

3- pesakit kurang di klinik tapi tak dipanggil2 , hairan knpe tak dipanggil aku pun pergi periksa , rupanya diorang kat blakang dok berborak . bila tnya lama lagi ke ? baru dia tanya sakit apa . tak ke geram ?

4- harini aku datang ke klinik , aku nk jumpa doktor . sebelum jumpa dokter kan kita kna jumpa nurse dlu , yg nurse ni pun sibuk lah tnya sakit apa . lepastu dia pulak rasa diri dia mcm doktor dia ckp la yang apa dialami oleh aku adalah perkara biasa . lepastu datang lagi kawan nya lagi seorang menyampuk2 sambil tergelak sinis ,disebabkn aku tidak menerima pndangan dan pendapat dia ,dan berkeras mahu berjumpa doktor , jururawat tersebut akhirnya marah , berkelakuann biadap seperti memerli "bagi nak puaskan kehendak hati dia , bagi je dia jumpa doktor , doktor pun akan cakap perkara yang sama nanti ". apa masalah dia ? knpa nk pertikaikan . bila aku mngadu pada doktor , doktor pun terkejut dan btanya jururawat yang mana berkelakuan seperti itu . doktor pun suruh aku abaikan shj sikap2 jururawat tu .

saya percaya , diluar sana pasti ramai lagi tidak berpuas hati dengan sikap-sikap jururawat di klinik ini . kawasan saya adalah kawasan kampung , pendedahan terhadap celik IT adalah tipis berbanding kawasan bandar .maka kurang aduan yang diterima di klinik ini kerana faktor kawasan juga. .

Dear Friends, Dont forget to bookmark and submit your offers to social media websites listed here.It will bring more visibility, buzz and fast action to attend your Complaint

Complaint Related To jururawat

Comments  :

Post Your Comment :

Name

required, use real name

Email

required, will not be published

Website Address

optional, will not be published

Your attitude towards Complaint

Agree Neutral Disagree

Confirmation Code