Categories

KTM STESEN BANGI

Posted :Monday, January 7, 2019; by Abid Haziq Send Maill   

Assalamualaikum,
Pada 6 haribulan Januari; Ahad lepas, saya bersama ibu saya pergi ke stesen KTM BANGI. Kami terkejut apabila sampai depan pagar parking, tiada sesiapa di dalam pondok jaga. Hanya notis kecil bertulis "TnGo Mula Disember 17, 2018".
Saya tidak bawa TnGo kerana kebetulan adik saya meminjamnya pada hari itu.
Ini menyebabkan kesesakan apabila beberapa kereta lain sudah pun beratur dibelakang kereta saya. Ini menyulitkan keadaan, apabila saya terpaksa minta mereka undurkan kenderaan kebelakang supaya saya boleh berundur keluar.
Kemudian saya terpaksa park kereta saya di kawasan tepi pagar stesen yang berlumpuh dan berlubang.
Kemudian, saya pula kena bersusah payah turun kereta, tinggalkan ibu saya berseorangan dalam kereta sementara saya berjalan jauh kedalam stesen, terkocoh-kocoh mencari penjaga pagar. rupa-rupanya ianya seorang makcik yang sedang duduk sambil lewa bersama rakan sekerjanya.
Saya bertanyakan isu bayar parking, dia dengan penuh biadap, senang-senag ja menjawab, "Tak ada TnGo tak payah masuk lah,"

Saya faham bahawa sistem baharu telah menggunakan 'Kad T'nGo' atau 'Kat KTM' sahaja; tanpa pembayaran wang-tunai. Ini termasuk cara masuk parking.

Walaubagaimanapun, ini tidaklah bermaksud pihak staf stesen tersebut membiarkan begitu sahaja. Jikalau sudah tahu sistemnya ditukar, kenapalah tidak disediakan notis dihadapan sebelum pagar masuk parking menyatakan "HANYA 'TnGO' DITERIMA". Manalah tahu kalau ada orang hilang kad TnGo--nya, takkanlah bermaksud dia tidak boleh menggunakan khidmat tersebut?

Ataupun stesenkan seorang pegawai yang tidak merayau supaya apabila pelanggan ada pertanyaan, tidak perlulah bersusah payah pula mencari pegawainya...siapa yang dibayar bekerja. Pengguna KTM? ataupun pegawai stesen?

Lagi satu, tolonglah ambil tindakan terhadap pegawai-pegawai biadap seperti disebutkan diatas. Kita orang Melayu, apatah lagi orang Islam, perlulah sentiasa menghormati satu sama lain, dan bersikap amanah apabila diberi tugas/tanggungjawab. Kalau ikutkan hati saya memang kaki saya sampai juga dimuka perempuan tersebut, namun demi hormat dan undang-undang, saya bawa bersabar.

1. Sediakan papan tanda besar di kawasan SEBELUM belok masuk pintu pagar parking; kerana pintu masukknya kecil, sempit dan curam. Kalau nak pusing balik, sukar dan merumitkan keadaan.
2. Ambil tindakan tegas SEGERA kepada mana-mana pegawai yang tidak mengambil amanah/tanggungjawabnya dengan serius.

Saya berharap sangat bahawa isu ini dipertimbangkan. Sekian terima kasih. Assalamualaikum wrt hbt.

Dear Friends, Dont forget to bookmark and submit your offers to social media websites listed here.It will bring more visibility, buzz and fast action to attend your Complaint

Complaint Related To KTM STESEN BANGI

Comments  :

Post Your Comment :

Name

required, use real name

Email

required, will not be published

Website Address

optional, will not be published

Your attitude towards Complaint

Agree Neutral Disagree

Confirmation Code