Categories

penjualan tiket

Posted :Tuesday, April 3, 2012; by samani bin abdullah Send Maill   

Pada Ahad (1/4/2012) jam 12.30 tengah hari saya pergi ke kaunter tiket KTM Kampar, Perak untuk membeli tiket perjalan train jam 2.38pagi hari Isnin (2/4/2012)perjalanan dari Kampar ke KL Sentral.

Saya dimaklumkan oleh penjual tiket (perempuan Melayu) bahawa tiket tidak dapat dijual kerana sistem komputer menghadapi masalah. Seorang pekerja KTM (lelaki Melayu)yang juga disitu memberi tahu saya bahawa masih ada tiket sebanyak 80 lagi. Saya mahu membuat pembayaran dan dapatkan tiket secara manual tetapi mereka tidak mahu/tidak dapat sevara demilian. Saya memberi tahu penjual tiket itu saya akan datang pada jam 2.00pagi 2/4/2012 untuk membeli tiket.

Pada jam 2.00pagi 2/4/2012 saya tiba dikaunter untuk membeli tiket. Saya tunggu sehingga jam 2.40 pagi tidak ada seorang pun pekerja KTM dikaunter. Saya membuat panggilan tel no 054659053 (no stesen KTM Kampar)dan memberi tahu bahawa saya hendak membeli tiket dan sedang menunggu dikaunter. Pegawai yang menerima telefon itu terus memberi tahu bahawa tiket semua sudah habis. Saya menjelaskan sekiranya tiket train jam 2.38 pagi sudah habis, sila buka kaunter kerana saya hendak beli tiket untuk train yang berikutnya iaitu jam 4.00 pagi. Pegawai tersebut berkata dia akan buka kaunter hanya pada jam 3.30 pagi.

Saya jelaskan keperluan saya namun Pegawai tersbut tidak mengambil berat. Akhir sekali saya minta beliau semak betul betul tiket train jam 2.38 benar-banar habis dan sekiranya sudah habis saya nak membeli tiket train jam 4.00 pagi. Sekiranya dia tidak mahu memberi layanan saya akan membuat aduan sehingga keperingkat atasan, wakil rakyat atau menyiarkan perkara ini didalam akhbar dan saya akan nyatakan nama beliau sekali.

Akhirnya pegawai tersebut keluar dari bilek yang gelap pergi ke kaunter dan membuat semakan dalam komputer dan terus menjual tiket train 2.38 pagi kepada saya.

Pada pandangan saya:-

i. Pegawai itu tidak bertanggung jawap.
ii. Sikap begini akan mencemarkan imej KTM secara khusus dan imej kerajaan memerintah
iii. Harap pihak KTM peka dengan dasar dasar kerajaan masa kini memberi perkhidmatan yang baik kepada rakyat dan elakkan pembaziran
iv. Harap slogan KTM biarlah selari dengan perkhidmatan yang diberikan.

Dear Friends, Dont forget to bookmark and submit your offers to social media websites listed here.It will bring more visibility, buzz and fast action to attend your Complaint

Complaint Related To penjualan tiket

Comments  :



30 days ago by Noorazila Binti Zakaria    [ Send Maill ]



Pada 14 November 2017,pukul 7.45pagi,saya telah ke kaunter KTMB kajang untuk tambah nilai kad komuter.Malangnya bila saya sampai di kaunter,staff (perempuan)melayu dengan kepala menunduk ke bawah (main handfon)..saya hulurkan kad dan duit RM100 malangnya dengan kasar dia berkata sediakan duit kecil kerana dia tidak mempunyai duit baki untuk itu..ini merupakan kejadian kedua saya..alasan dia dengan menunjukkan beberapa keping RM10 sahaja..apabila saya suruh bertanya kaunter sebelah pun juga tidak ada duit kecil..saya berasa hairan kenapa perlu pelanggan yang sediakan duit kecil..sedangkan sekitar terminal kajang tak ada kedai atau tempat yang sewaktu dengannya untuk tukar duit..dengan wajah yang berlagak dia terus suruh saya tukatkan dulu baru boleh tambah nilai..saya terus ke kaunter MRT yang bersebelahan untuk beli tiket MRT..layanan yang diberikan sangat berbeza..mesra dan peramah..sejak hari itu saya memutuskan untuk menggunakan MRT sahaja..sangat kecewa disebabkan servis dikauntetsangat teruk..kalo saya seorang yang kena mcm tu pelanggan lain mcm mana..harap pihak atasan memantau pekerja bawahan atau mengahantar training dulu mcm mana nak serve customer..

Post Your Comment :

Name

required, use real name

Email

required, will not be published

Website Address

optional, will not be published

Your attitude towards Complaint

Agree Neutral Disagree

Confirmation Code