Categories

KTMB staff rude

Posted :Sunday, March 11, 2018; by Ismail faruq b serip mohamad Send Maill   

Tuan/Puan

Merujuk kepada perkara seperti diatas, saya Ismail Faruq b Serip Mohamad merupakan salah seorang pengguna perkhidmatan KTMB.

Untuk makluman pihak tuan/puan, pada 11 hb Mac 2018, saya telah ke kaunter KTMB Taiping bersama ibu saya untuk tujuan membeli tiket ETS.

Dikaunter tersebut, saya telah bertanya kepada pekerja KTMB yang bertugas mengenai tiket ETS untuk tujuan dari Taiping ke Kuala Lumpur.

Namun, pertanyaan saya tidak dilayan dan pekerja KTMB tersebut hanya memberi tahu tiada tiket pada waktu dan masa tersebut. Hal tersebut bercanggah dengan status tiket dalam talian KTMB

Apabila saya menunjukkan kepada beliau status dalam talian KTMB (online ticket),saya telah diherdik dan dihamburkan dengan kata-kata kesat oleh wakil ktmb di kaunter tersebut.

Beliau telah menjatuhkan maruah saya dan keluarga dan laporan polis telah saya buat pada 11 hb Mac 2018.

Saya amatlah berharap pihak KTMB mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap pekerja tersebut yang ternyata melanggar etika dan polisi pelanggan KTMB.

Tindakan pekerja KTMB tersebut turut mencerminkan sikap tiada amanah dan integriti dalam menjalankan tugas.

Berikut adalah perincian

Masa kejadian: 11 am
Tarikh kejadian: 11/3/2018
Lokasi kejadian: Kaunter tiket KTMB Taiping

Sekian terima kasih

Yang benar

Ismail faruq
019 5128178

Dear Friends, Dont forget to bookmark and submit your offers to social media websites listed here.It will bring more visibility, buzz and fast action to attend your Complaint

Complaint Related To KTMB staff rude

Comments  :

Post Your Comment :

Name

required, use real name

Email

required, will not be published

Website Address

optional, will not be published

Your attitude towards Complaint

Agree Neutral Disagree

Confirmation Code