Posted :Monday, April 16, 2018; by NUR AISHAH ABU Send Maill
Saya merupakan pengguna mingguan Ktm Komuter. Sejak seminggu yang lalu, saya mendapati bayaran parking yang dikenakan makin menyusahkan pengguna. Hal ini kerana, terdapat segelintir masyarakat yang meletakkan keretanya di luar kawasan pagar untuk mengelak dari dikenakan caj parking dan ianya menyusahkan kami sebagai pengguna ktm untuk masuk serta keluar dari kawasan stesen Pulau Sebang/Tampin. Seterusnya, tapak Drop-off passenger seharusnya sentiasa dipantau supaya tiada kenderaan sewenang-wenangnya parking di kawasan tersebut. Diharapkan warga emas turut diberikan diskaun pembayaran untuk memakir kenderaan di dalam kawasan stesen. Hal ini kerana, mereka juga berhak diberikan kebajikan disebabkan faktor kesihatan mereka yang kian lemah. Semoga cadangan saya ini dipertimbangkan. Sekian, terima kasih.
Dear Friends, Dont forget to bookmark and submit your offers to social media websites listed here.It will bring more visibility, buzz and fast action to attend your Complaint
Post Your Comment :
Email
required, will not be published
Website Address
optional, will not be published
Your attitude towards Complaint
Confirmation Code