Categories

Masalah Banjir Lumpur

Posted :Thursday, December 6, 2018; by ZULKHIRI BIN SABUDIN Send Maill   

Saya telah membuat aduan pertama melalui aduan awam pada 1 Dis 2018. Kawasan penginapan saya mengalami dan hampir mengalami banjir lumpur disebabkan oleh pembangunan projek perumahan yang berhampiran. Rumah saya telah dimasuki banjir lumpur pada 12 Okt 2018 dan telah dibuat report pada Majlis Perbandaran Port Dickson. Tindakan telah diambil oleh MPPD tapi masalah tidak selesai.
Pada hari ini 1 Dis 2018 jam 5.30pm kejadian banjir lumpur hampir berulang lagi disebabkan oleh projek perumahan tersebut.
Saya dan kejiranan berada dalam ketakutan setiap kali hujan lebat.
Lokasi kejadian: Taman Intan Perdana Fasa 3
71050 Port Dickson. Negeri Sembilan

Mohon pihak berwajib mengambil tindakan keras terhadap pemaju kerana setiap laporan yang dibuat masih tidak dapat menyelesaikan masalah.
Minta pemaju membuat dinding konkrit disekeliling kawasan projek.
Minta pemaju membersihkan dan membaiki longkang-longkang yang telah tertimbus dan rosak disebabkan projek tersebut.
Kalau boleh mohon pemaju mengalihkan kolam tadahan ke tempat lain.

Aduan kedua pada 5 Dis 2018
Sehingga hari ini (5 Dis 2018) saya masih belum menerima sebarang maklumbalas serta tindakan yang telah di ambil oleh PBT. Petang tadi jam 5.30 pm kejadian yang sama berlaku lagi dan hampir memasuki rumah saya.

Saya tidak faham kenapa sampai sekarang masih tiada tindakan yang dilakukan oleh pemaju dan PBT. Adakah masalah banjir ini dianggap remeh oleh pihak berwajib atau menanti berlakunya banjir yang seterusnya baru hendak ambil tindakan. Atau pihak pemaju begitu kebal sehinggakan tidak boleh diambil tindakan! Sekarang ini misim hujan. Saya dan kejiranan berada dalam kerisauan dan ketakutan untuk meninggalkan rumah kerana musim hujan yang tidak menentu. Patutkah pihak pemaju tidur lena dan mendapat keuntungan tapi kami yang tiada kena mengena dengan projek perumahan tersebut terpaksa menanggung akibatnya.
Mohon agar pihak berkuasa tempatan dan berkenaan mengambil tindakan secepat yang mungkin.
Terima kasih

Sehingga sekarang tiada maklumbalas dan tindakan dilakukan.

ID Tiket : PCB.242679

Mohon bantuan segera.
Terima kasih

Dear Friends, Dont forget to bookmark and submit your offers to social media websites listed here.It will bring more visibility, buzz and fast action to attend your Complaint

Complaint Related To Masalah Banjir Lumpur

Comments  :

Post Your Comment :

Name

required, use real name

Email

required, will not be published

Website Address

optional, will not be published

Your attitude towards Complaint

Agree Neutral Disagree

Confirmation Code