Categories

PERMASALAHAN BALAKONG JAYA

Posted :Monday, April 16, 2018; by Amendy Send Maill   

Aduan mengenai MASALAH yang berlaku di dalam kejiranan di Apartment Seri Pulai,Balakong Jaya dan sekitarnya. 1.) Bengkel motosikal yang tidak sepatutnya berada di bawah apartment, setiap hari bunyi bising dari pagi sampai ke malam. Tidak menghiraukan kejiranan yang ada. 2.) Mat-mat rempit berleluasa di dalam kawasan kejiranan. Bila ditegur makin di'press' minyak. Bunyi ekzos motor yang tidak mengikut piawaian JPJ. Menganggu sampai sakit kepala. 3.) Kebanyakkan kereta terbiar/rosak/dll. Akibatnya, kekurangan parking untuk penghuni di sini. Itu belum lagi yang 'cop-cop' parking, macam parking tu dia yang punya. 4.) Jalan-jalan yang rosak. Dari dulu lagi. Tak pernah nak selesai. Jalan berlubang sana sini. Elok lagi jalan dalam kebun. 5.) Haiwan liar berleluasa, terutamanya anjing. Ada kilang berhampiran yang membela anjing. Tetapi dilepaskan dan membahayakan orang ramai. Takkan nak ada yang dah diserang baru ambil tindakan.

Mohon mana-mana pihak yang sepatutnya menjalankan kewajipan ini silalah bertanggungjawab.

Sekian terima kasih.

Dear Friends, Dont forget to bookmark and submit your offers to social media websites listed here.It will bring more visibility, buzz and fast action to attend your Complaint

Complaint Related To PERMASALAHAN BALAKONG JAYA

Comments  :

Post Your Comment :

Name

required, use real name

Email

required, will not be published

Website Address

optional, will not be published

Your attitude towards Complaint

Agree Neutral Disagree

Confirmation Code