Categories

Permit Kerja Pendatang Asing

Posted :Wednesday, September 11, 2019; by Hasliza Ahmad Send Maill   

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Saya ingin mengajukan beberapa soalan serta membuat aduan kepada pihak Jabatan Imigresen bagi tujuan mendapatkan jawapan serta tindakan selanjutnya.

Bahagian A :

# Soalan saya adalah;
1) Adakah pendatang asing boleh sesuka hati samada membuka atau bekerja di kedai jahit ataupun kedai-kedai runcit di dalam negara kita ini?

2) Adakah sebarang permit kerja yang memungkinkan mereka SAH sebagai pekerja yang dikeluarkan oleh pihak Imigresen samada sebagai tukang jahit ataupun pembantu kedai?

3) Harap pihak Imigresen dapat memantau serta membuat `spot checking'/pemeriksaan mengejut terhadap mereka ini yang berasal dari Bangladesh, Myanmar, Indonesia yang sesuka hati menyewa premis-premis kedai samada kedai PBT mahupun lot kedai di pusat membeli belah di sekitar Lembah Kelang. Dimana, pada asalnya kedai-kedai jahitan mahupun kedai-kedai runcit ini bermotifkan konsep `alteration' dan kedai jamu pada mulanya.

Bahagian B :

# Kawasan yang dikenalpasti setakat ini adalah;
1) Pusat Membeli Belah Spektrum Ampang lokasi GF didalam premis

2) Pusat Membeli Belah Spektrum Ampang lokasi GF diluar premis
(kedua˛ nya berlainan owner - warga Bangladesh yang bekerja disitu)

3) AEON Big Ampang (di tingkat 1) juga warga Bangladesh

4) Jalan besar Selayang Baru (Jalan 11 sederet dengan Dobi Queen)

5) Kg Bukit Indah Ampang dan sekitar Lembah Jaya Selatan (Warga Indonesia yang memonopoli perniagaan jahitan)

6) Lembah Jaya Selatan Ampang (Warga Indon - membuka lebih dari 10 premis kedai runcit)

7) Di sekitar pasar selayang sepanjang jalan besar ke NSK (warga Bangladesh dan Myanmar - sudah beberapa kali DBKL & MPS buat rush, hilang sekejap tapi selang beberapa hari mereka ni muncul lagi)

• Sebagai rakyat Malaysia, walaupun saya tidak membuka sebarang perniagaan namun, saya merasa terpanggil untuk membuat aduan ini sebab prihatin dan kasihan pada rakyat Malaysia yang telah di'curi' pendapatan mereka oleh warga asing ini.
• Harap pihak Imigresen dapat mengambil tindakan segera dan boleh hubungi saya sekiranya perlukan lebih maklumat serta informasi.

Sekian, terima kasih.


"MALAYSIAKU NEGARAKU"
"BERSAMA MEMBENTERAS PATI DEMI PENDAPATAN RAKYAT MALAYSIA"

Dear Friends, Dont forget to bookmark and submit your offers to social media websites listed here.It will bring more visibility, buzz and fast action to attend your Complaint

Complaint Related To Permit Kerja Pendatang Asing

Comments  :

Post Your Comment :

Name

required, use real name

Email

required, will not be published

Website Address

optional, will not be published

Your attitude towards Complaint

Agree Neutral Disagree

Confirmation Code