Categories

KANDANG LEMBU DALAM KAWASAN RUMAH

Posted :Wednesday, January 10, 2018; by anne holmes Send Maill   

Merujuk kepada tajuk email saya, "KANDANG LEMBU DALAM KAWASAN RUMAH", saya ingin membuat aduan mengenai kandang lembu yang dibina dalam kawasan rumah saya yang beralamat di,

QUARTERS PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN BERA, KAMPUNG DURIAN TAWAR, 28200 BANDAR BERA, PAHANG DARUL MAKMUR.

Sejak sebulan lepas, pejabat pertubuhan peladang kawasan bera telah membina satu kandang lembu di belakang kuarters kediaman pekerja. Bau busuk telah menganggu ketenteraman kami dan penghuni telah kehilangan selera makan. Penduduk di sini juga mengalami tekanan berikutan bau yang sangat busuk terutamanya ketika waktu panas dan bau masuk sehingga ke dalam rumah. Baju yang dijemur di luar juga akan menyerap bau busuk tersebut. Kehadiran lalat dan nyamuk juga semakin banyak dalam rumah dan makanan yang terdedah akan segera dihurung lalat.

Tujuan saya membuat aduan adalah kerana bimbang akan kesihatan kami yang semakin terjejas dan bimbang akan penyakit yang dibawa lalat daripada kawasan kandang lembu tersebut. Tekanan yang dialami juga telanh mengundang penyakit lain seperti migraine dan sebagainya. Ketenteraman kami penduduk di sini telah terancam sejak lama lagi.

Menurut pemahaman saya, kegiatan ini juga adalah bertentangan dengan Seksyen 82 akta kerajaan tempatan 1976 (akta 171) yang mana ini ditafsirkan sebagai "kacau ganggu" yang menjejaskan keselamatan dan hak-hak penduduk umum.

Dear Friends, Dont forget to bookmark and submit your offers to social media websites listed here.It will bring more visibility, buzz and fast action to attend your Complaint

Complaint Related To KANDANG LEMBU DALAM KAWASAN RUMAH

Comments  :

Post Your Comment :

Name

required, use real name

Email

required, will not be published

Website Address

optional, will not be published

Your attitude towards Complaint

Agree Neutral Disagree

Confirmation Code