Categories

Kaunter Pelanggan dan Staf Pos Malaysia Cawangan The Starling tidak berbudi bahasa

Posted :Friday, April 12, 2019; by Razila Hashim Send Maill   

Tarikh: 29 Mar 2019
No Rujukan Parcel: LP003512088MY
Pada tarikh tersebut, saya telah membuat penghantaran parcel ke NEW YORK, US melalui Pejabat Pos The Starling, Damansara Utama SS2 Petaling Jaya. Proses penimbangan tersebut telah di buat oleh pihak Pejabat Pos The Starling . Mereka ada menyakan kepada saya sama ada penghantaran ingin di buat melalui Pos biasa atau Poslaju...Saya telah bersetuju untuk memilih Pos biasa. Selepas itu, pihak Pej Pos telah menetap kan harga RM 38.00 dan jumlah berat 500gram.

Pada tarikh 9 April, saya telah menerima panggilan daripada pekerja penghantaran mengatakan ada penghantaran ingin di buat kepada saya..Saya tidak pasti sehingga menerima parcel tersebut. Rupa rupa nya parcel yang sepatut nya di hantar ke US telah di pulang semula kepada alamat saya atas alasan berat KG melebihi berat yang di tetap kan.

Pada tarikh 10 April 2019, lebih kurang jam 5.30 pm, saya telah pergi ke Pejabat Pos cawangan The Starling kaunter 1&3 untuk bertanya tentang masalah parcel. Saya telah membuat permintaan untuk memulang duit saya semula memandangkan kesalahan penimbangan itu ternyata adalah kesalahan pihak Pejabat Pos The Starling. Atau sekurang-kurang nya untuk membuat penimbangan semula dan membayar jumlah selebih nya mengikut jumlah berat yang betul.

Kaunter 1 telah berkata bahawa kadang2 ade risiko yang barang akan dipulangkan kepada pelanggan. Bila saya kata apa sebab2 dipulangkan dia diam sahaja. Bila saya cadangkan yang mereka sepatut nya bertanggung jawap, staf kaunter dengan sinis nya memberitahu saya itu bukan salah dia bukan dia yang timbang. Habis tu nak salahkan siapa? Saya pening kepala dengan sikap staf kaunter sungguh tak beradab.

Mereka malah tidak membenar kan saya untuk menuntut kembali wang saya dengan cara yang tidak berbudi bahasa. Mereka telah mengarahkan saya untuk mengurangkan jumlah berat parcel saya. Tindakan mereka tidak masuk akal memandangkan saya tidak boleh mengurangkan berat parcel di sebab kan saya perlu menghantar kesemua parcel tersebut ke US.

Saya membuat permintaan untuk berjumpa dengan pegawai cawangan bernama En Khairul Nizam, tetapi dia tiada di kaunter atas alasan pergi ke solat. Saya telah bersetuju untuk menunggu kedatangan beliau sampai dia selesai solat, namun kehadiran pegawai tersebut gagal atas alasan tidak pasti.

Saya berkeras untuk meminta wang kembali dan baru lah pihak kaunter memberi saya sehelai kertas borang yang harus saya isi kan. Saya bertanya kepada mereka beberapa soalan tentang borang berkenaan malah tiada siapa yang memberi respon dan membantu saya.

Saya ambil semula parcel saya dan memberitahu saya amat kesal atas perbuatan mereka dan beredar dari Pejabat Pos berkenaan. Saya juga terdengar perbualan staf di kaunter 1 & 2 mengata kan supaya tidak perlu melayan pelanggan yang membuat aduan seperti ini tanpa mereka sedari. Ini adalah sifat yang tidak bertanggung jawab dan sangat memalukan..

Saya amat kesal dan amat kecewa dengan tindakan pegawai dan semua staf Pejabat Pos cawangan The Starling. Saya harap pegawai dan semua staf di sana akan di kena kan hukuman/tindakan keras atas perbuatan mereka yang sangat tidak beradab.

https://www.pos.com.my/

Dear Friends, Dont forget to bookmark and submit your offers to social media websites listed here.It will bring more visibility, buzz and fast action to attend your Complaint

Complaint Related To Kaunter Pelanggan dan Staf Pos Malaysia Cawangan The Starling tidak berbudi bahasa

Comments  :

Post Your Comment :

Name

required, use real name

Email

required, will not be published

Website Address

optional, will not be published

Your attitude towards Complaint

Agree Neutral Disagree

Confirmation Code