Categories

Restoran Nasi Kak Wok Sri Permaisuri Kotor & pekerja luar tanpa permit

Posted :Thursday, September 14, 2017; by Dayana Ramli Send Maill   

Restoran Kak Wok Sri Permaisuri bersih di bahagian pelanggan dan tempat makan. Dapur dan bahagian belakang kedai sangat kotor hingga kedai-kedai di belakang jadi sarang lipas dan tikus. Tambah lagi dengan bau busuk dan hanyir makanan. Kami sudah 2 tahun menanggung kerugian hanya untuk bersihkan kedai kami.

Mereka tambahkan meja yang panjang di luar dan belakang kedai mereka. Kami perhatikan mereka siapkan ramuan masakan dimeja tersebut. Apabila hujan, mereka lari ke dalam kedai, manakala bahan makanan tersebut ditinggalkan dalam hujan. Mereka menggunakan kembali bahan yang sudah basah dengan hujan sejurus selepas hujan berhenti.

Tambahan pula, pekerja-pekerja mereka adalah orang asing yang tidak mempunyai permit. Bukan sahaja mereka tidak menjaga kebersihan, tetapi mereka selalu mengganggu ketenteraman awam. Buat bising setiap hari dari pukul 8 pagi sehingga lebih dari 12 malam.

Kami mengharapkan agar pihak anda ambil tindakan, sebelum kehadiran mereka kami tidak mempunyai masalah. Sudah lebih 2 tahun kami menangggung kerugian, kedai kami kotor dan bising yang melampau.

Dear Friends, Dont forget to bookmark and submit your offers to social media websites listed here.It will bring more visibility, buzz and fast action to attend your Complaint

Complaint Related To Restoran Nasi Kak Wok Sri Permaisuri Kotor & pekerja luar tanpa permit

Comments  :



33 days ago by Dayana    [ Send Maill ]



Kami mempunyai rakaman video mengenai aduan kami sendiri. Kami juga punya rakaman bomoh yang lebih dari 2 tahun mengunjungi dapur anda. Kami sendiri menanggung kerugian yang besar kerana lipas dan tikus terlampau banyak sejak anda mula berniaga. Tidak ada sesiapa yang ingin menjatuhkan atau berhasad dengki. Kami kasihan dengan pelanggan anda yang tidak tahu bagaimana cara sebenar anda berniaga. Kalau betul kami dengki, sudah lama kami viralkan video yang kami ada tak kira dari segi kebersihan, bomoh, polis, tingkah laku perkerja anda dan bahan makanan yang digunakan semula selepas hujan. Tiada siapa yang nak menjatuhkan perniagaan anda. Anda yang tidak jujur berniaga. Betul rezeki milik Allah, Allah juga tahu kebenaran orang-orang yang mengadu dan berniaga disekeliling anda.



34 days ago by NKWSP    [ Send Maill ]



Assalamualaikum

Semalam kami didatangi oleh pegawai DBKL berikutan aduan di atas yang dibuat oleh Dayana Ramli yang telah di"snapshot" ke dalam facebook kami untuk tujuan ditularkan.

Kami menerima kunjungan pegawai terbabit dengan berbesar hati dan setelah melalui pemeriksaan yang terperinci, teguran dan nasihat yang diberikan, alhamdulillah penyelesaian yang positif diberikan kepada kami dengan kata lain kami dibenarkan untuk terus berniaga di premis kami.

Walaubagaimanapun, kami akan terus memperbaiki mutu perkhidmatan perniagaan kami demi kepuasan pelanggan kami.

Segala tohmahan dan penghinaan yang ditujukan kepada kami, kami menganggap ia merupakan asam garam dan adat orang berniaga terutama di kalangan masyarakat melayu.

Untuk pengetahuan, semua pekerja kami adalah berdaftar dengan pihak imigresen dan bercanggah sama sekali dengan fakta dari pihak pengadu. Kami tidak pernah memadam segala kritikan positif mahupun negatif yang dipos di dalam media sosial Facebook kami untuk tujuan menyembunyi fakta yang benar daripada pengetahuan pelanggan kami dan jauh sekali untuk tujuan tipu helah. Kami ikhlas berniaga dan menganggap rezeki itu milik Allah dan bukan melalui hasad dengki, buruk sangka apatah lagi fitnah menfitnah.

Akhir kata, kami memohon maaf sekiranya ada salah dan silap atau apa2 yang kami terlepas pandang menyukarkan atau menyinggung perasaan pihak2 disekeliling perniagaan kami.

Sebarang kemusykilan dan penjelasan lanjut boleh hubungi nombor talian pihak pengurusan kami 019-561 1118.

#rezekimilikAllah
#terimakasihatasperingatan
#mohonmaafataskekhilafan
#elakkanmenggunakanakaunpalsuuntukmenjatuhkanoranglain

Pengurusan Restoran Nasi Kak Wok Sri Permaisuri



36 days ago by Azman    [ Send Maill ]



Restoran paling kotor. Pekerja pun pengotor. Dah tak boleh kira berapa kali buat aduan. Macam tu juga. Pentingkan business sendiri.



37 days ago by Razif    [ Send Maill ]



Alamat mereka:

Nasi Kak Wok Permaisuri
No 17 Jalan Dwitasik 2 Dataran Dwitasik Bandar Sri Permaisuri 46000 Cheras Kuala Lumpur

Saya pun punyai masalah dengan restoran ni. Bila nasihat dia suruh kita mati. Masalahnya mereka, duduk beramai ramai dibelakang kedai yang keadaannya kotor. Sediakan makanan disitu, pakai bahan kotor dan recycle.

Pekerja dah la tak ada permit, buat bising dari pagi hingga tengah malam. Semua peniaga disini maklum dengan kebiadapan pekerja mereka dan hal mereka dengan polis.



37 days ago by Ridzuan    [ Send Maill ]



Saya ada rakaman mereka diregur polis dan perlakuan pekerja mereka di belakang restoran termasuk penggunaan semula bahan penyediaan makanan yang dah bermandikan hujan. Kesimpulannya, restoran ini pengotor.

 1  2  Next

Post Your Comment :

Name

required, use real name

Email

required, will not be published

Website Address

optional, will not be published

Your attitude towards Complaint

Agree Neutral Disagree

Confirmation Code