Categories

kecuaian cikgu semasa aktiviti KOKO

Posted :Thursday, September 13, 2018; by nurul Send Maill   

Pada petang kejadian kira-kira jam 4 petang di sekolah kebangsaan puchong jaya selangor,aktiviti KOKO berlangsung.
seramai 3 orang guru yang bertugas pada masa itu.
nak dijadikan cerita sewaktu aktiviti melompat kaki anak perempuan saya berumur 11 tahun darjah 5k telah terkehel.
serta merta dia berenti dan maklum kepada salah satu guru yang bertugas.guru berkenaan balas "tak de apa tu sakit sikit je,awak duduk tepi dulu".murid pun duduk tepi dengan menahan sakit.tak seorang cikgu pun bertanya semula kepada murid sakit ke tak? awak ok ke tak?
sangat tidak wajar saya rasa.seharusnya cikgu kena pantau anak murid dikala kesakitan atau kesulitan semasa aktiviti berlangsung.oleh kerana itu,kaki kiri bahagian tapak telah retak dan mengalami patah sedikit.dah la anak saya perempuan.cikgu pula tak mahu bertanggungjawap dan ambil mudah.bila saya telefon ke pejabat buat aduan dan maklum apa yang terjadi petang semalam,hanya maaf yang dipinta.tak wajar 3 orang cikgu tidak ambil action sewaktu kejadian berlaku...telefon parents ke... semua tak ada.makanya anak saya balik dengan tahan sakit sampai rumah kaki mula membengkak.dan malamnya saya dan suami telah membawa ke klinik untuk buat xray dan rawatan susulan.

Dear Friends, Dont forget to bookmark and submit your offers to social media websites listed here.It will bring more visibility, buzz and fast action to attend your Complaint

Complaint Related To kecuaian cikgu semasa aktiviti KOKO

Comments  :

Post Your Comment :

Name

required, use real name

Email

required, will not be published

Website Address

optional, will not be published

Your attitude towards Complaint

Agree Neutral Disagree

Confirmation Code