Categories

Penipuan Geran Dana Usahawan RM300ribu

Posted :Thursday, December 28, 2017; by Mohd Hamzah B Aziz Send Maill   

Kepada Aduan Rakyat,

Saya ingin merujuk kepada tuan sekarang terdapat satu geran dana usahawan yang kini giat aktif di Johor, Selangor & beberapa negeri di Malaysia.

Geran ini menawarkan sejumlah wang dana RM400,000 kepada pemohon dengan syarat pemohon perlu mempunyai SSM (Sdn Bhd atau Sole Prop).

Wang tersebut diberitakan adalah pemberian kerajaan Malaysia untuk peniaga. Wang tersebut akan diberikan sebaik sahaja pilihanraya tahun 2018 dibuat.

Pemohon akan mendapat RM100,000 terus ke akaun dan baki RM300,000 akan dimasukkan ke akaun ASB atau ASN.

Setiap pemohon boleh membuat permohonan sebanyak 3 syrikat untuk Sdn Bhd dan 7 syarikat utk sole prop.

Mereka memberitahu, kerajaan melaysia melantik satu syarikat sebagai ejen iaitu MYKNOWLEDGE ARENA (2083307-V) untuk mengutip pendaftaran, dokumen (IC,Sijil SSM,resit bank) dan mengagihkan wang tersebut ketika pilihanraya.

Setelah dokumen diatas lengkap diisi dan pemohon perlu sertakan RM100 sebagai bayaran proses dan mereka akan meminta pemohon untuk datang ketempat yang telah diberitahu untuk menandatangani Letter of Undertaking (LoU)setiap batch.

Didalam LoU tersebut tidak dinyatakan dengan jelas mengenai pemberian dana tersebut, tetapi menghendaki pemohon untuk membayar sejumlah RM100,000 bagi setiap syarikat sebagai bayaran khidmat konsultant.

Tiada juga dinyatakan alamat atau no telefon syarikat ejen berkenaan (MYKNOWLEDGE ARENA). Selepas menandatangani LoU, pemohon dikehendaki untuk menandatangani satu lagi borang yang menyatakan pemohon tidak memberi apa2 bayaran kepada ejen tersebut dan surat ini mempunyai tandatangan pesuruhjaya sumpah.

Setakat ini sebanyak 15 batch telah menandatangani LoU dan borang kedua, setiap batch dianggarkan seramai 50-70 pemohon yang mana setiap pemohon kebanyakannya memohon lebih dari 1 syarikat.

Jika seorang pemohon sole prop menandatangani dokumen untuk 7 syarikat maksimum, dia perlu membayar 700,000 kepada ejen tersebut atas alasan consultation services.

Mereka akan membuat lagi perjumpaan untuk menandatangani Lou untuk kali terakhir seperti berikut;

Johor
Tarikh : 03 Jan 2018
Tempat : Grand Paragon Johor
Waktu : 5PM - 11PM

Selangor & KL
Tarikh : 04 Jan 2018
Tempat :East & West Garden Restaurant Lavender Height, Senawang
Waktu : 8PM - 10PM

Sekiranya skim ini tidak dibongkarkan, ini mungkin lebih besar daripada kerugian skim Pak Man Telo sebelum ini.
Dan kebanyakan yang menyertai adalah bumiputera yang hanya berniaga kecil-kecilan juga pemohon yang hanya baru mendaftarkan SSM untuk menyertai skim ini.

Ini adalah bukti2 jelas mengenai skim ini disertakan surat LoU tersebut dan perbualan dalam group whatsapp untuk skim yang dipercayai menipu.
Link download : https://files.fm/u/msstttth
link akan auto delete pada 14 Feb 2018.

Di lampirkan juga maklumat terkini dari whasapp group untuk perjumpaan kali terakhir.

Mohon pihak aduanrakyat.com untuk menyiasat perkara ini atau melaporkan kepada pihak polis supaya skim ini segera dihentikan jika didapati menipu.

Kerana dapat menyelamatkan rakyat dari kerugian maksimum RM700,000 setiap pemohon.

Mohon tidak dihubungi no yang tertera di dalam mesej group ditakuti mereka akan menukar tempat perjumpaan.

Mohon segera diambil perhation.
Jika tidak dibongkarkan, ini akan menjadi kes commercial crime paling besar.

Dear Friends, Dont forget to bookmark and submit your offers to social media websites listed here.It will bring more visibility, buzz and fast action to attend your Complaint

Complaint Related To Penipuan Geran Dana Usahawan RM300ribu

Comments  :



12 days ago by fykaamran    [ Send Maill ]



salam..kes ni betul ke macam scammer sbb keluarga saya dah terjebak..pendaftaran ahli sebanyak rm150.00..pihak terlibat mengatakan bahawa duit tersebut akan dapat sblum mengundi..utk mndptkn dana tersebut perlu daftar ssm..pihak berkenaan juga menyatakan bahawa dana ini ade kene mengena dengan kerajaan..saya was2 dengan perkara ni,sbb xkan dia nk bagi senang2 je duit sebanyak tu..kalau benda ni tipu,ramai yg kena kat kmpg sy ni..maaf bertanye..



14 days ago by Hidayah    [ Send Maill ]



Maaf bertanya. Ada sesiapa yang tahu apa perkembangan tentang aduan yang dibuat. adakah betul atau penipuan? trm ksh



18 days ago by joe labu    [ Send Maill ]



27/3/2018 baru nie ada buat lepas menandatangi surat perjanjian yang menyatakan telah menerima sebanyak rm100000, dana nie dikatan akan dapat sebelum pru 2018..tak tahu lah bila tu.. yuran setakat nie rm60 je..itu pun kos pengurusan... oh ya... dalam surat tu juga menyatakan bahawa taat setia dibawah kerajaan nasional



56 days ago by Hazman    [ Send Maill ]



Sy pun bru dpt wsap berkenaan geran ni... Betul ke atau scam ni...? Mulanya dia kta hri ni dh tarikh tutup... Tp sy jwb xsempat utk sediakan dokumen.. Kemudian dia kata esok pun boleh... Nmpk meragukan... Hrp pihak berwajib membuat siasatan dn buat kenyataan di berita nasional

Post Your Comment :

Name

required, use real name

Email

required, will not be published

Website Address

optional, will not be published

Your attitude towards Complaint

Agree Neutral Disagree

Confirmation Code