Categories

Aduan Tentang Majlis Graduasi Sekolah

Posted :Sunday, April 15, 2018; by Mady Send Maill   

Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.

Saya merupakan ibu bapa bekas pelajar tingkatan 5 tahun 2017 di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ibrahim (1), Pasir Mas, Kelantan. Di sini, saya ingin menegaskan beberapa perkara mengenai majlis graduasi sekolah berikut dan diharap pihak kementerian pelajaran dapat mengambil tindakan sewajarnya.

Hari ini, 15/4/2018, sekolah tersebut mengadakan majlis graduasi bagi lepasan SPM dan STPM sesi 2017. Namun begitu, bagi lepasan SPM, hanya pelajar yang memperoleh 4A dan ke atas sahaja layak untuk menghadiri majlis itu dan memakai jubah graduasi. Selain itu, mereka juga wajib membayar duit untuk graduasi sebanyak RM 31.20.

Tuan puan sekalian,
Adakah anda rasa tindakan SMK Sultan Ibrahim (1) ini wajar? Setiap pelajar lepasan SPM 2017 sudah cuba yang terbaik dalam peperiksaan tahun lepas. Walaupun sesetengah daripada mereka tidak mendapat 4A ke atas, namun mereka tetap lulus subjek Bahasa Melayu dan Sejarah. Ada juga yang mendapat A dalam dua mata pelajaran tersebut serta mata pelajaran lain seperti Bahasa Inggeris dan Geografi. Apa sebab pihak sekolah tidak menyertakan mereka dalam majlis graduasi itu? Kenapa pelajar lain tidak boleh diberi peluang untuk menikmati hari graduasi?

Sesungguhnya, saya dengan penuh yakin, setiap pelajar sekolah menengah sudah pasti ingin menjadi seorang graduan muda, memakai jubah serta topi graduasi. Hairannya, kebanyakan sekolah lain di Malaysia mengadakan majlis graduasi dengan semua lepasan pelajar, bukannya mengikut standard atau tahap pencapain seseorang pelajar itu. Setiap pelajar mempunyai hak untuk menjadi graduan muda, untuk bergraduasi walaupun mereka memiliki hanya 1A atau kurang.
Tindakan sekolah itu amat tidak wajar. Saya harap pihak kementerian pelajaran dapat mengambil tindakan selanjutnya.

Sekian, terima kasih.

Dear Friends, Dont forget to bookmark and submit your offers to social media websites listed here.It will bring more visibility, buzz and fast action to attend your Complaint

Complaint Related To Aduan Tentang Majlis Graduasi Sekolah

Comments  :

Post Your Comment :

Name

required, use real name

Email

required, will not be published

Website Address

optional, will not be published

Your attitude towards Complaint

Agree Neutral Disagree

Confirmation Code