Categories

Aduan Perkhidmatan Kurier

Posted :Monday, December 2, 2019; by Norazlan Saharuddin Send Maill   

Saya sepatutnya menerima sebuah bungkusan pada 2/12/2019 daripada pihak UPS. Untuk perkhidmatan tersebut, saya telah membayar kos pengangkutan premium sebanyak USD14.65 pada 27/11/2019 melalui nombor pengesanan 1Z811R370468066793. Posmen UPS telah datang ke pejabat pada pukul 1:35 petang pada 2/12/2019, iaitu semasa ketiadaan saya. Saya telah dimaklumkan posmen tersebut pada hari yang sama, bahawa beliau akan hadir semula pada sebelah petang sebelum pukul 5:00 petang. Walaubagaimanapun, beliau tidak hadir selepas pukul 5:00 petang. Saya telah membuat laporan pada pihak UPS pada pukul 4:35 petang pada hari yang sama dan dimaklumkan bahawa penghantaran oleh UPS hanya dibuat sekali sehari dan masa penghantaran ditentukan oleh pihak UPS. Saya amat kesal dengan perkhidmatan yang diberikan oleh pihak UPS walaupun pelanggan telah membayar premium untuk perkhidmatan tersebut.

Pohon tindakan dari pihak tuan terhadap UPS agar perkhidmatan mereka dapat ditingkatkan seiring jumlah caj yang dikenakan. Saya juga memajukan aduan ini kepada pihak kementerian yang berkaitan.

Dear Friends, Dont forget to bookmark and submit your offers to social media websites listed here.It will bring more visibility, buzz and fast action to attend your Complaint

Complaint Related To Aduan Perkhidmatan Kurier

Comments  :

Post Your Comment :

Name

required, use real name

Email

required, will not be published

Website Address

optional, will not be published

Your attitude towards Complaint

Agree Neutral Disagree

Confirmation Code