AduanRakyat Log masuk pejabat

Portal AduanRakyat

Terus ke pusat khidmat YB kawasan anda.

Borang dalam talian untuk pusat khidmat YB. Tak perlu log masuk. Buka pautan atau imbas kod QR yang diberi oleh pusat khidmat kawasan anda.

Jenis urusan

4 jenisaduan, cadangan, permohonan, tak pasti
Tiadalog masuk diperlukan
AR-nombor rujukan serta-merta
✓AR-2013 Lampu jalan padam

Sama rata

Selalunya, aduan yang viral diselesaikan dulu.Di sini, setiap aduan masuk senarai yang sama.

Yang tak aktif di media sosial, atau tak sempat ke pejabat YB, selalu tertinggal.

Setiap satu dapat nombor rujukan dan disusun ikut tarikh diterima, viral atau tidak.

No. rujukan AR-2013

Cara guna

Empat langkah. Tanpa log masuk.

Setiap pusat khidmat ada pautan dan kod QR borang sendiri, jadi aduan sentiasa sampai ke pejabat yang betul. Klik skrin untuk lihat besar.

  1. 01

    Imbas QR atau buka pautan

    Daripada poster, kad, WhatsApp atau media sosial pusat khidmat YB kawasan anda.

  2. 02

    Isi borang pendek

    Pilih jenis dan tulis tajuk. Nama, telefon, lokasi dan gambar hanya jika membantu.

  3. 03

    Dapat nombor rujukan

    Resit muncul serta-merta. Salin dan simpan pautan semakan peribadi anda.

  4. 04

    Semak perkembangan

    Buka semula pautan itu bila-bila masa. Nombor rujukan sahaja tidak membuka rekod.

Belum ada pautan aduan? Hubungi pusat khidmat kawasan anda.

Borang awam

Pilih jenis urusan.

Orang ramai hanya pilih jenis dan tulis tajuk pendek. Kategori, keutamaan dan pegawai ditetapkan oleh pusat khidmat selepas semakan.

Aliran

Borang awam → Command Centre.

Workspace — AduanRakyat
Workspace: semakan triage Workspace: track tindakan agensi Workspace: semak hasil dan tutup kes
Skrin: Borang awam

Untuk pusat khidmat

Kerja pejabat jadi tersusun.

Daripada aduan masuk sehingga laporan siap, dalam satu sistem. Skrin di bawah ialah skrin sebenar dengan data contoh.

Semua saluran, satu senarai.

Borang awam, rujukan JPKK dan aduan dari WhatsApp atau kaunter masuk ke skrin Hari Ini.

Satu fail untuk setiap kes.

Triage, laluan tindakan, susulan dan bukti dalam Workspace. Kes ditutup hanya selepas hasil direkod.

JPKK selesaikan aduan kampung sendiri.

JPKK daftar dan tutup kesnya sendiri. Pejabat memantau, dan semua kes yang menunggu pihak luar ada tarikh susulan.

Lima jenis laporan, terus dari rekod.

Klik untuk lihat apa isi setiap laporan.

Surat dan borang tanpa taip semula.

Hubungi agensi melalui WhatsApp, e-mel atau surat terus dari rekod. Dokumen permohonan disediakan selepas keputusan YB.

Mula guna untuk pejabat anda →

Keselamatan dan data

Data rakyat ialah amanah pejabat.

Setiap rekod hanya boleh dibuka oleh orang yang berhak. Lihat contoh satu rekod aduan di sebelah: siapa boleh buka, siapa ditolak, dan setiap tindakan direkod.

✕Tidak dipindah milik kepada pihak lain
Rekod aduanAR-2013 · Lampu jalan padamMilik Pusat Khidmat Contoh

Siapa boleh buka rekod ini?

  • ✓
    Pegawai Pusat Khidmat ContohRekod penuh, ikut peranan masing-masing
  • ✓
    YB kawasanSemua aduan pejabatnya, melalui YB Control
  • ✓
    Pengadu, dengan pautan peribadiStatus dan perkembangan sahaja
  • ✕
    Pejabat YB kawasan lainAkses ditolak oleh server
  • ✕
    Orang yang tahu nombor AR-2013 sahajaNombor rujukan tidak membuka rekod
  • ✕
    Eksport untuk parti atau kempenTidak dibenarkan
Jejak audit rekod ini

Pn. Aida mengesahkan triage

Pn. Aida menghantar surat kepada agensi

Pn. Aida menutup kes dengan bukti

01

Identiti disahkan

Pegawai log masuk dengan Google. Jemputan terikat kepada e-mel yang ditetapkan, dan kata laluan Google tidak disimpan oleh AduanRakyat.

02

Kuasa ikut peranan

Kebenaran disemak pada server. Pentadbir pejabat tidak mendapat kuasa YB secara automatik.

03

Pejabat diasingkan

Akaun sesebuah pejabat tidak boleh membuka rekod pejabat lain. Orang ramai hanya nampak rekod sendiri melalui pautan peribadi.

04

Setiap tindakan dijejaki

Tindakan pengurusan direkod dalam jejak audit. Rekod yang ditolak tidak dipadam senyap-senyap.

Baca notis privasi ↗

Untuk pejabat yang mahu bermula

Mula dengan pejabat anda.

Daftar sendiri dengan akaun Google dan cuba percuma selama 15 hari. Domain pejabat sendiri boleh disambung kemudian.

Daftar pejabat anda → Cuba percuma 15 hari · Satu DUN, satu pendaftaran

Sudah ada akses? Log masuk pejabat

  1. 01

    Daftar dengan Google

    Pilih kerusi DUN anda dan alamat sistem. Satu DUN, satu pendaftaran.

  2. 02

    Pengesahan pejabat

    Kami hubungi pusat khidmat untuk sahkan pejabat sebelum borang awam dibuka kepada rakyat.

  3. 03

    Jemput pasukan dan mula guna

    Pentadbir jemput petugas, YB dan JPKK, lengkapkan profil pejabat dan kongsi pautan atau QR borang awam.

Soalan lazim

Yang selalu ditanya.

Untuk orang ramai

Perlu daftar akaun atau log masuk?

Tidak. Borang awam dibuka tanpa log masuk.

Nama dan nombor telefon wajib?

Tidak. Hanya tajuk yang wajib. Nama dan telefon membantu pusat khidmat menghubungi anda jika perlu maklumat lanjut.

Di mana nak dapat borang?

Melalui pautan atau kod QR daripada pusat khidmat YB kawasan anda. Laman ini tidak memilih pusat khidmat untuk anda.

Macam mana nak semak perkembangan?

Buka semula pautan semakan peribadi yang diberi selepas borang dihantar. Nombor rujukan sahaja tidak membuka rekod, jadi simpan pautan itu.

Siapa boleh baca aduan saya?

Hanya pusat khidmat kawasan yang anda hantar, mengikut peranan pegawai. Pejabat lain tidak boleh membukanya.

Untuk pejabat YB

Boleh guna domain pejabat sendiri?

Boleh, selepas pemilikan domain, sambungan DNS, HTTPS dan login Google disahkan. Jika belum ada domain, pejabat guna alamat sistem AduanRakyat dahulu.

Aduan dari WhatsApp atau kaunter boleh masuk?

Boleh. Petugas daftar sendiri melalui Intake Baharu dan pilih saluran: WhatsApp, telefon, kaunter, lawatan YB dan lain-lain.

JPKK perlu akaun sendiri?

Ya. JPKK log masuk dengan Google mengikut lantikan kawasan, dan hanya nampak kes kampung sendiri.

Ada sokongan selepas mula guna?

Ada. Isu yang dilaporkan direkod dan disusuli. Pembaikan diuji sebelum diterbitkan, dan perubahan penggunaan dimaklumkan kepada pejabat.